skgr.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skgr@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | BERITA TERKINI | KOKURIKULUM | AKTIVITI PANITIA | PAUTAN | BUKU PELAWAT | GURU BESAR | PIAGAM PELANGGAN | MEMORI HIJAU | SINAR BARU | APC | LAPORAN | KEUTUHAN PERIBADI | PEMBESTARIAN SEKOLAH | PERAYAAN | MURID CEMERLANG | PTK | PIAGAM PELANGGAN | Senarai Guru Besar | KEUTUHAN PERIBADI | MARQUEE | MURID CEMERLANG | PEMBESTARIAN SEKOLAH | PIAGAM PELANGGAN | PIAGAM PELANGGAN | TOP 10 | TOP 10 | Untitled |

LAPORAN  KELAB DAN PERSATUAN

TAHUN 2007

LAPORAN GOTONG-ROYONG PERDANA

Tarikh: 30 Jun 2007  

Masa  : 8.00-11

Tempat : Sk. Green Road,Kuching

Gotong Royong Perdana Sk. Green Road diadakan pada hari Sabtu 30 Jun 2007. Majlis dipengerusikan oleh Encik Hashim Jili (PK HEM ) dan dibantu oleh  ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan majlis tersebut.Segala peralatan telah disediakan oleh pihak sekolah.

Seramai 48 orang ibu bapa ,semua guru dan murid Tahun 4, 5 dan 6 hadir menyertai gotong royong pada hari itu. Kehadiran YDP PIBG Sk Green Road, Encik Bisnu Majenis memeriahkan lagi gotong royong tersebut. Dua batang pokok ditanam secara rasmi oleh Pn. Maskolia Maslatip (PK 1) selaku wakil Guru Besar dan YDP PIBG sebagai acara kemuncak majlis gotong royong tersebut.

Kerja-kerja gotong royong dipusatkan pada kawasan perparitan, longkang, tandas,  bilik darjah, kantin sekolah dan bilik guru. Jamuan untuk guru, ibu bapa dan murid disediakan .

Sambutan gotong royong di Sk. Green Road amatlah membanggakan dan diharap ramai lagi penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang.Pada hari tersebut En. Lai dan En. Chiew Kui Hock telah datang memantau aktiviti gotong royong yang dijalankan.

Pihak sekolah merakamkan berbanyak – banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong royong perdana tersebut.

Disediakan Oleh:                                                                    

_________________________

PN. MASKOLIA BT MASLATIP

Penolong Kanan

_______________________________________________________________________________________

KELAB USAHAWAN PERINTIS-2007

Kelab Usahawan Perintis telah mengadakan perjumpaan pertama pada 9.3.2007. Perjumpaan diadakan pada setiap Jumaat (Sabtu ke-3 dan ke-4). Seramai 44 orang ahli telah mendaftar dan kesemuanya terdiri daripada murid-murid tahap II. Setakat ini lebih 8 perjumpaan telah diadakan di makmal sains sekolah.

Rancangan tahunan (aktiviti) telah dibuat mengikut buku panduan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian. Kehadiran ahli pada setiap perjumpaan sangat menggalakkan. Mereka menunjukkan minat yang bersungguh-sungguh pada setiap aktiviti yang dijalankan.

Pada hari sukan dan hari guru peringkat sekolah, beberapa orang ahli telah digalakkan untuk menjalankan aktiviti berniaga dengan modal sendiri serta persetujuan ibu bapa mereka. Pada mulanya, pihak kelab bercadang untuk meminta sebanyak 20% daripada hasil jualan tersebut untuk dimasukkan dalam tabung kelab, akan tetapi hasil jualan hanya setakat balik modal sahaja. Oleh itu, cadangan tersebut tidak menjadi kenyataan.Antara aktiviti jualan (berniaga) yang akan/ telah dijalankan oleh ahli kelab

ialah mebuat jualan makanan kering/ berbungkus, ayam goreng, nasi lemak, mee goreng, keropok ubi/pisang dan sebagainya.

Setakat ini, ketiadaan modal sebenarnya telah menjadi isu utama untuk aktiviti Kelab Usahawan Perintis ini. Justeru, kami amat berharap agar pihak sekolah dapat membantu kelab ini untuk mencari kolaborasi daripada pihak-pihak luar bagi menyuntik modal ke dalam tabung kelab ini.

Harapan kami segala aktiviti yang telah dirancang bagi tahun ini, sekiranya tidak dapat berjalan dengan lancar akibat kekangan masa mahupun modal, akan dapat kami jalankan dan laksanakan dengan lebih efektif pada tahun-tahun akan datang.                               

 Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh:                                            

_______________

Pn.Ngantiminah bt Sarepin

Guru Pembimbing

Kelab Usahawan Perintis.

______________________________________________________________________________________

LAPORAN PUSAT AKSES SEKOLAH TAHUN - 2007

Pengenalan

Pusat Akses Sekolah  mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran yang membolehkan murid - murid membuat  pembelajaran kendiri (self kendiri) dan dipantau oleh guru dari masa ke semasa. Proses pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa terluang samada waktu persekolahan, selepas sesi persekolahan atau pada hujung minggu. Pusat Akses Sekolah membolehkan murid-muird mendapat maklumat yang berguna untuk pembelajaran mereka dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Objektif

Objektif Pusat Akses Sekolah  ialah untuk meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat, membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar terah kendiri dan meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT untuk pembelajaran

Pembukaan Rasmi   

Pusat Akses Sekolah telah selamat dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Akbar Khan

Abdul Rahman, Setiausaha Politik Kementerian Pelajaran Malaysia pada 6 hb Januari

 2007.

              

                                                                           Dato' Akbar Khan Adbul Rahman,

                                                                          Setiausaha Politik Pelajaran Malaysia,

                                                                     merasmikan pembukaan Pusat Akses Sekolah.    

Waktu Operasi

     Pusat Akses Sekolah  beroperasi seperti berikut:-

         1.Semasa Waktu Persekolahan. (sesi pagi)

Pusat Askes dibuka dari jam 7.00 pagi sehingga 12.15 tengahari tiap-tiap hari.

Hari Isnin sehingga hari Jumaat  

2.Selepas Waktu Persekolahan . (sesi petang)

       Pusat Akses dibuka dari jam 1.35 (Isnin), 12,35 (Selasa – Khamis) dan 2.05

      (Jumaat). Ianya ditutup pada jam 5.00 petang tiap-tiap hari.

      3.Hujung Minggu (Sabtu)

         Pusat Akses juga dibuka pada hari Sabtu (waktu k/k) untuk digunakan oleh

         Cyber Kids Club dari jam 9.30 sehingga 10.30 pagi.

         Pengguna

        Pengguna Pusat Akses Sekolah adalah terdiri daripada pentadbir sekolah, guru dan staf

        tetapi keutamaan adalah diberikan kepada murid-murid SK. Green Road. Oleh kerana

        penggunaan yang sangat mengalakkan maka murid-murid datang mengikut

        tahun seperti hari Isnin  pelajar Tahun 4, hari Selasa pelajar Tahun 5, hari Rabu khas

        untuk pelajar-pelajar ataupun ahli-ahli pancaragam sekolah, hari Khamis dan Jumaat

        pelajar Tahun 6.

       Penutup

       Kesimpulannya, diharapkan dengan penubuhan Pusat Akses Sekolah ini dapat meningkatkan

       penguasaan dan penggunaan kemahiran ICT untuk proses pembelajaran murid-murid SK

       Green Road ke arah pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan

       lebih berkesan. 

Sekian,terima kasih.

Delia ak Bunten                                                                         

___________________

Penyelaras Pusat Akses Sekolah

SK. Green Road,Kuching.

______________________________________________________________________________________

LAPORAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN HAFAZAN

PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD 

Tarikh  : 29 Julai 2007 ( Sabtu )

Masa    : 8.30 pagi

Tempat : Kelas 4 Bestari/1 Bestari

Objektif Pelaksanaan:

1.         Menerapkan budaya ilmu melalui pembacaan Al-Quran kepada semua murid.

2.         Mewujudkan semangat cintakan Al-Quran dan membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

3.         Menanam sifat takwa dan menghayati serta mengamalkan ajarannya.

4.         Menjadikan majlis ini sebagai wadah ilmu dan pengerat silaturrahim antara guru dan murid,antara murid dan murid.

5.         Menjadi medium untuk mencari bakat-bakat baru yang akan mewakili sekolah ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Zon pada tahun hadapan.

Aktiviti yang dijalankan:

1.                  Pertandingan Tilawah Al-Quran (bahagian lelaki dan perempuan)

2.                  Pertandingan Hafazan (bahagian lelaki dan perempuan)

Penglibatan Murid:

Pertandingan ini telah disertai oleh 33 orang peserta dari Tahun 3, 4 dan 5.

Bilangan peserta yang menyertai setiap bahagian pertandingan adalah seperti berikut:

Pertandingan Bahagian            Lelaki            Perempuan

Tilawah Al-Quran                      12                     13

Hafazan                                        2                      6

Keputusan Pertandingan:

Pertandingan Tilawah:

Lelaki :   Mohd Asri ( 4B )                          Perempuan:   Fatin Nadhirah Borhan ( 4A )

              Amer Hamzah ( 4D )                                         Ariqah Hana Zaidi ( 4A )

              Mohd Nazri ( 5B )                                             Dayang Nur Amira ( 3A 

Pertandingan Hafazan:

Lelaki :   Arif bin Mat ( 5A )                        Perempuan: Zawanah bt Zaidi ( 5D )

              Izzuddin Ibrahim ( 5A )                                    Sarah Sapian ( 4A )

                          -                                                          Nur Afiqah ( 5A )

 

Hadiah untuk setiap pemenang akan disampaikan pada hari Isnin ( 7/8/2007 )semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Disediakan oleh,

NORLAILA BT OSMAN

Setiausaha Penghayatan Islam 2007

_______________________________________________________________________________________

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT

UNIT j-QAF

SEKOLAH KEBANGSAAN GREEN ROAD

Tarikh  : 4 Ogos 2007

Masa    : 7.30 pagi-11.30 pagi

Tempat : Surau Sekolah, SK Green Road

 Objektif Pelaksanaan:

1.      Murid dapat  berwuduk dengan sempurna.

2.      Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat –solat  fardhu.

3.      Murid dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.

4.      Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna secara bersendirian atau berjemaah.

5.      Mengeratkan ukhuwah Islamiyyah.

Aktiviti Kem Bestari Solat:

  1. Senaman ringan yang diketuai oleh Ustaz Wan Nik Kamal.
  2. Taklimat ringkas mengenai wuduk dan solat yang disampaikan oleh Ustazah Zawiyah.
  3. Pembahagian kumpulan- murid dibahagikan dalam 5 kumpulan, setiap kumpulan dipimpin oleh seorang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam (GPI)
  4. Latihan dalam Kumpulan (LDK) 1- murid-murid didedahkan dengan bilangan-bilangan solat fardu dan rakaat solat fardu.
  5. Latihan dalam Kumpulan (LDK )2- murid-murid didedahkan dengan cara-cara dan bacaan-bacaan dalam solat.
  6. Amali solat fardhu yang diketuai oleh Ustaz Wan Nik Kamal.

Penglibatan Murid:

Seramai 65 orang murid Islam Tahun 1 telah menghadiri kem ini. Murid-murid ini telah memberi kerjasama yang baik dalam semua aktiviti yang dijalankan.

Disediakan oleh,                                                                                   

 

NORLAILA BT OSMAN

Setiausaha Unit j-QAF 2007

______________________________________________________________________________________

LAPORAN PUSAT SUMBER SEKOLAH-2007

1.       Pengenalan

          Pusat Sumber Sekolah ialah pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat yang  berguna  

          untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Warga sekolah  

          digalakkan menggunakan PSS sebaik mungkin untuk mendapat maklumat yang     

           diinginkan.

 2.        Penggunaan

            Pusat Sumber sekolah digunakan untuk melaksanakan pelbagai  aktiviti  sekolah .

            i. 1 (satu) waktu BM dalam seminggu diperuntukkan untuk murid – murid rajin membaca  

               dan memastikan  program NILAM  berjalan lancar.

           ii. Kelas SBT dan kelas PAIG diadakan diadakan di PSS setiap minggu memandangkan

               kekurangan bilik untuk kelas-kelas.

          iii. Murid – murid yang tidak mengambil kelas Bahasa Arab Komunikasi ditempatkan di      

            PSS dan mereka digalakkan membaca seberapa banyak buku-buku perpustakaan bagi  

            mengisi masa yang terluang. Mereka diseliakan oleh Guru Perpuskaan dan Media.

           iv. Jadual penggunaan PSS telah dibuat untuk memastikan kelancaran aktiviti yang   

           dijalankan dan untuk mengelakkan pertindihan.

3.       Penutup

    Kesimpulannya, diharapkan dengan adanya PSS ini dapat membantu warga Sekolah  

    Kebangsaan Green  untuk meningkatkan kualiti sekolah dalam memartabatkan 

    pendidikan negara.

   Disediakan oleh:                                                                     

   ___________________________

   PN. LYDIA AK GILBERT NYAOD

   Penyelaras Pusat Sumber Sekolah.

___________________________________________________________________________________


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: