skgr.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skgr@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | BERITA TERKINI | KOKURIKULUM | AKTIVITI PANITIA | PAUTAN | BUKU PELAWAT | GURU BESAR | PIAGAM PELANGGAN | MEMORI HIJAU | SINAR BARU | APC | LAPORAN | KEUTUHAN PERIBADI | PEMBESTARIAN SEKOLAH | PERAYAAN | MURID CEMERLANG | PTK | PIAGAM PELANGGAN | Senarai Guru Besar | KEUTUHAN PERIBADI | MARQUEE | MURID CEMERLANG | PEMBESTARIAN SEKOLAH | PIAGAM PELANGGAN | PIAGAM PELANGGAN | TOP 10 | TOP 10 | Untitled |

BERITA TERKINI  
Lawatan Dari Sekolah Rendah Sembawang, Singapura.
12-14 Mac 2009
  
Guru Besar En. Shazali b. Rosdi bersama wakil dari PPD mengiringi ketibaan guru-guru dan murid-murid Sek. Ren. Sembawang, Singapore. Mereka dibawa ke dewan sekolah untuk acara seterusnya.
  
 Sebilangan murid-murid Sek. Ren.Sembawang yang turut serta dalam lawatan ke SK Green Road. Mereka juga membuat persembahan ringkas pada hari tersebut.
  
Guru Besar dan PK1 menyampaikan hadiah/cenderamata kepada guru-guru Sek. Ren. Sembawang. 
 
Wakil dari PPD turut menyampaikan cenderamata kepada Ketua Rombongan. 
 
Rombongan mendengar taklimat di makmal komputer. 
 
Murid-murid Sek.Ren. Sembawang menikmati jamuan yang dihidangkan.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%% 
Majlis Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik
Tahun 2-6
14 Februari 2009
Pada  hari Sabtu, 14 Februari yang lalu, Sekolah telah mengadakan Majlis Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik 2008.  Majlis ini diadakan untuk meraikan murid-murid yang mendapat pencapaian terbaik di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (pemahaman), Bahasa Melayu ( Penulisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.  Semua guru kedua-dua sesi terlibat dalam majlis tersebut manakala murid yang hadir adalah murid Tahun 3,4,5 dan 6.  Bagi Tahun 2, hanya penerima hadiah sahaja yang hadir.  Pemilihan bagi penerima hadiah ditentukan berdasarkan kepada Sistem Akademik Fleksi (SAF).  SAF adalah satu sistem yang menilai murid sepanjang tahun iaitu 20 markah untuk kerja rumah, 20 markah untuk Ujian Progresif dan 60 markah untuk uijian Semester 1 dan 2.  Sebanyak 100 hadiah telah disediakan. Hadiah tersebut merupakan 'plaq' yang boleh dijadikan kenang-kenangan untuk pelajar-pelajar tersebut.
Guru Besar En. Shazali B.Hj Rosdi dengan para tetamu yang hadir dalam Majlis Anugerah Pencapaian Akedemik Terbaik 2008
  
     
 Diantara para guru dan penerima hadiah yang hadir pada hari tersebut.
  
   
Guru Besar En. Shazali B. Hj Rosdi berucap dalam majlis tersebut serta menyampaikan hadiah kepada pelajar yang mendapat pencapian yang terbaik dalam matapelajaran tertentu.
  
  
PK 1 Pn Maskolia bt Maslatip serta exco PIBG turut menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.
 
Gambar kenang-kenangan GB, PK1, Exco PIBG dan para guru selepas 'Tea Break'.
  
Kedu-dua pelajar adalah merupakan pelajar yang menerima hadiah untuk empat dan kelima-lima matapelajar penting. Syabas dan selamat maju jaya.
Tersenyum juru-acara majlis kita yang bertugas pada hari tersebut.
     
()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()
Majlis Penyampaian Sijil Dan Insentif
Murid Tahun 6
13 November 2008
Majlis tersebut telah diadakan di dewan sekolah khasnya untuk pelajar tahun 6 sempena dengan pengumuman keputusan UPSR 2008.  Sekali lagi, sekolah berasa bangga dengan keputusan yang cemerlang. Seramai 43 orang pelajar telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR tahun ini.  Syabas dan tahniah diatas kecemerlangan itu terutamanya kepada guru-besar, En.Abdul Latip bin Bujang, para guru dan pelajar-pelajar sendiri. Ini adalah usaha gigih daripada semua pihak kerana dapat merelisasikan objektif dan matlamat sekolah untuk mencapai dan meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik.
 
Para pelajar dan ibu-bapa yang turut hadir dalam majlis tersebut.
 
Guru-besar En. Abdul Latip b Bujang memberi ucapan serta menyampaikan sijil dan insentif kepada sebahagian daripada pelajar yang berjaya mendapat 5A UPSR 2008.
Guru-besar, guru-guru tahun 6 bergambar dengan 43 orang pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2008.
Untuk melihat nama penuh pelajar yang mendapat 5A, sila rujuk ke bahagian "keputusan UPSR" dalam laman web ini.
()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()()
Sukaneka Dan Hari Keluarga
SK Green Road
18 Oktober 2008
SK. Green Road telahpun mengadakan sukaneka dan hari keluarga pada hari Sabtu, 18 Oktober yang lalu.  Ia merupakan salah satu daripada aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama pihak sekolah. Bagi pengelolaan acara sukaneka tersebut, pihak sekolah telah mendapat kerjasama daripada pihak KFC.  Ini merupakan aktiviti yang ulung kalinya diadakan dengan mendapat kerjasama daripada agensi luar. Objektif sukaneka diadakan ialah untuk menggalakkan penyertaan murid-murid, warga sekolah serta ibu bapa dalam kegiatan sukan serta menanam sikap kerjasama, melahirkan kesefahaman dan tolerasi antara ibu-bapa , guru-guru dan murid dan akhir sekali sebagai satu usaha untuk menarik minat ibu-bapa, murid-murid dan guru-guru supaya melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan.  Sukaneka ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Yong Khoon Seng.
 
 
Ketibaan tetamu terhormat iaitu wakil dari PPG Kuching En. Nasir B Salem, YDP PIBG SK. Green Road En. Bisnu B Hj Majnis dan YB Datuk Yong Khoo Seng, Timbalan Menteri Kerja Raya.
 
Ucapan perasmian oleh YB Datuk Yong Khoon Seng.
Penyampaian Cenderhati kepada kedua-dua tetamu terhormat YB Datuk Yong Khoon Seng dan En. Nasir B Salem.
 
Persembahan Tarian "Poco-Poco" dari kalangan staf Sk. Green Road. tarian dari "Chicky and Friends" dari staf KFC dan juga Persembahan Pancaragam Sekolah.
   
 
Antara aktiviti murid-murid  yang dijalankan ialah seperti mengisi air dalam botol dengan span, ball relay, golek bola di celah kangkang kaki, lari dalam guni, dan lain-lain.
 
Aktiviti Ibubapa dan guru pula ialah lari ikat kaki, berlari undur ke belakang, kepit bola dengan kaki sambil berlari dan lain-lain.
Diantara pelajar yang mendapat tempat pertama dengan hadiah masing-masing. Tahniah kepada pemenang. Yang tidak berjaya tu, jangan putus asa. Lain kali cuba lagi.
  
Diantara pemenang-pemenang di kalangan Ibu-bapa dengan hadiah masing-masing.
><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Solat Hajat UPSR 2008
Setiap tahun sebelum murid-murid menghadapi peperiksaan UPSR, pihak Penghayatan Agama Islam telah mengadakan solat hajat bagi memohon keberkatan restu daripada Allah SWT.  Solat hajat ini dikhaskan kepada murid-murid Islam Tahun Enam yang akan menduduki Peperiksaan UPSR pada 9, 10, 11 September 2008.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ambang Merdeka
30 Ogos 2008
Kek Hari Kemerdekaan 2008
    Acara memotong kek Hari Kemerdekaan disempurnakan oleh guru besar En. Abdul Latip b. Bujang dan disaksikan oleh tetamu khas, Pk1, penolong-penolong kanan dan murid-murid.
 
Ucapan dan kata-kata aluan yang disampaikan oleh guru besar dan tetamu khas Dato' Nyomek Nyeap.
Diantara tatamu yang hadir besama-sama dengan GB untuk turut meraikan perayaan hari kemerdekaan peringkat sekolah 2008.
Seorang Pegawai dari Bank Rakyat,Cawangan Satok sedang menyampaikan replika cek berjumlah RM3000.00 kepada Guru Besar SK. Green Road, En. Abdul Latip b. Bujang.
Acara pada hari tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada murid-murid. Antaranya ialah persembahan Taekwondo, Tarian Naga, Tarian Joget, Persembahan Pancaragam, Karaoke, Pertandingan Pakaian Tradisional dan lain-lain. Kelab Keusahawan juga turut serta menjual makanan ringan pada hari tersebut.
Guru Besar bersama-sama dengan pemenang-pemenang pertandingan karaoke dan pakaian tradisional.  Tahniah kepada pemenang dan bangkitkan semangat kemerdekaan. "Selamat Hari Kemerdekaan 2008"
---------------------------------------------------------------------
Hari Guru Peringkat sekolah
16 Mei,2008
---------------------------------------------------------------------
Pertandingan Pidato Piala Diraja P'kat Zon A
5 Mac 2008
Seramai 13 peserta mewakili sekolah masing-masing telah menghadiri Pertandingan Pidato Piala Diraja P'kat Zon A yang telah diadakan di SK. Green Road baru-baru ini. Tujuan pertandingan tersebut ialah untuk mencari wakil  untuk ke Pertandingan Pidato Peringkat Bahagian.
Keputusan Pertandingan tersebut ialah seperti berikut:
Johan : Peserta dari SK Mejar General
Naib Johan : Peserta dari Sk. Ong Tiang Siew
Tempat Ketiga : Peserta dari SK. Chung Hua No. 3
  
      
Sebahagian dari pada guru pengiring menyaksikan murid-murid berpidato.
 
Barisan pada hakim sedang sibuk berbincang untuk mendapat kata sepakat mengenai keputusan pertandingan tersebut.
YDP PIBG Sk.Green selaku ketua hakim mengulas dan mengumumkan keputusan pidato.
    
Para pemenang menerima piala masing-masing daripada GB Sk. Green Road.
     
GB Sk. Green Road, En Abdul Latip b. Bujang menyampaikan cenderhati kepada para hakim Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Zon A 2008.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Pendaftaran Tahun Satu
2 Januari 2008
Program Pendaftaran Tahun Satu diadakan sehari sebelum pembukaan sesi hari persekolahan. Ini bertujuan untuk memudahankan Ibubapa untuk mendaftar anak-anak mereka, membayar yuran wajib dan mengambil buku teks.
  
-------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Mesyuarat Staf 2008
Bertempat: Pejabat Pelajaran Gabungan Kuching.
29 Disember 2007
Setiap tahun sebelum pembukaan sesi persekolahan , staff SK. Green Road akan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar, En Abdul Latip b. Bujang. Mesyuarat kali ini diadakan di Pejabat Pelajaran Gabungan Kuching. Tetamu khas pada mesyuarat tersebut ialah PPGK, En. Bedui b. Une.
  
      
------------------------------------------------------------------------------------------------------ 
Majlis Permuafakatan Dan Anugerah Cemerlang 2007
SK. Green Road.
15 November 2007
  
Sekali lagi Sk. Green Road telah mengadakan Majlis Permuafakatan & Anugerah Cemerlang bagi sesi 2007, bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat SUPP.  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh wakil PPGK, En. Nasir b. Salem.  Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk memberi penganugerahan dan penyampaian hadiah & sijil kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik sesi 2007 dan juga pelajar-pelajar yang memperolehi 5A dalam UPSR.  Dalam majlis tersebut juga diadakan ceramah keselamatan PDRM yang bertajuk Peranan Polis dan Tanggungjawab Ibu Bapa dan Guru.  Disamping itu juga diadakan penyerahan Replika Cek Zakat Bank Rakyat yang disampaikan oleh En. Harun Al-Rasyid b. Yusoff.
 
  
Ketibaan wakil PPGK disambut oleh GB, Yang Dipertua PIBG, Pancaragam dan ahli-ahli Taekwondo.
    
Ucapan kata alu-aluan yang disampaikan oleh GB dan wakil PPGK dalam majlis permuafakatan tersebut.
   
  
    
Majlis diceriakan lagi dengan beberapa persembahan tarian oleh murid-murid SK. Green Road.
  
Majlis Penyerahan Replika Cek Zakat Bank Rakyat yang disampaikan oleh En. Harun Al-Rasyid
    
 
Guru Besar mengumumkan nama-nama pelajar  yang berjaya mendapat 5As.
Seramai 30 orang pelajar telah mendapat pencapaian 5As dalam UPSR tahun 2006 dan pelajar-pelajar tersebut menerima insentif dari pihak sekolah.
     
Penyampaian cenderahati kepada tetamu khas sempena majlis permuafakatan 2007.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kuiz Kesihatan Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan
Tahun 2007

In the year 2005, 2007 and 2008 SK. Green Road represented Kuching in the state level Primary School Health Quiz held in Betong, Mukah and Sarikei respectively.  We emerged champion in the year 2005 and 2007 and represented sarawak in the National-level Health Quiz held in Selangor and Perak.  Our team won fourth place in Selangor (2005) and only managed to enter the first round of the competition in Perak (2007)

   
  
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ceriaton Closing Ceremony
Parent-Teachers Association
(PIBG)
8 September 2007
     
     

The 'Ceriaton' closing ceremony was officially closed by Yang Berhormat Datuk Yong Khoon Seng, Works Ministry Parliamentary Secretary on the 8 September 2007. He donated RM 10,000 to Parent-Teachers Association (PIBG) especially for the School Marching Band.  The one-month ceriaton programme was initiated to collect funds for the management of the school activities.  Through this programme, students, teachers and parents managed to collect a sum of RM 30,000.  The money will be used for academic programmes, co-curricular activities, beautification of school and purchase of more books for the school library.  Yang Berhormat Datuk Yong expressed and hope that PIBG members would always work together for the benefit of the school and the pupils of  SK. Green Road.

 Headmaster, PIBG members with the Cultural Troop.

    

    

PIBG members and teachers welcomed Yang Berhormat Datuk.

     

     

Headmaster and PIBG members accompanied YB.Datuk Yong to withness the School Band performance.

A welcomed speech by Vice-President of PIBG Prof. Madya Dr. Hatta.

        

Students performed the welcoming dance.

     

The winners for the highest class collection for level 1 and level 2

   

The winners for the highest individual collection.

       

 Tree planting ceremony done by YB. Datuk Yong symbolised the closing of ceriaton  programme 2007.

     

A souvenir was given to Yang Berhormat Datuk Yong Khoo Seng

and En. Suhaili Seli, an officer from Combined Education Office,Kuching.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ambang Merdeka
30 Ogos 2007

Setiap tahun Sambutan Ambang Merdeka disambut secara sederhana tetapi meriah oleh  staff , ibubapa dan murid-murid SK. Green Road. Sambuatan ambang kemerdekaan ini amat penting untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan menanamkan semangat cintakan negara lebih-lebih lagi di kalangan murid-murid.

     

Acara memotong pulut kuning yang dilakukan oleh PK1 Pn. Maskolia dan disaksikan oleh Penolong-penolong kanan, guru-guru dan ibubapa. Bendahari PIBG En. Tony Wee dan Pn.Hamsiah Hj Ramli dari BTP juga turut serta untuk memeriahkan lagi sambutan ambang merdeka tahun ini.

  

Laungan merdeka diketuai oleh Cikgu Syahalimie Sulaiman dan murid-murid dari pelbagai etnik.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Majlis Ambang Merdeka dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada guru-guru dan murid.

     

  

Persembahan daripada murid-murid.  Antaranya ialah persembahan tarian, sajak, lagu patriotik,koir dan sebagainya.

     

Para guru juga menyampaikan lagu patriotik yang dinyanyikan secara beduet.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Solat Hajat
24 Ogos 2007
     
     
Solat Hajat adalah salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Penghayatan Agama Islam pada setiap tahun.  Ianya dikhaskan kepada murid-murid Islam Tahun Enam yang akan menduduki UPSR pada 3,4 5 Sept 2007.  Tujuannya adalah sebagai langkah terakhir memohon daripada Allah SWT supaya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR Tahun 2007.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Klinik Bola Sepak
6 Ogos 2007
          

Klinik bola sepak ini diadakan adalah sempena pertandingan bola sepak bawah 19 tahun diantara kelab-kelab dunia yang dilangsungkan di Malaysia.Ia bertujuan untuk mengcungkil bakat-bakat muda dalam sukan bola sepak yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah di sekitar Bandaraya Kuching dan Samarahan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kem Bestari Solat
4 Ogos 2007
     
Solat Amali 
                                 
    Latihan dalam kumpulan.        
 

Murid-murid berehat sambil menikmati jamuan

ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.

.

Seramai 65 orang murid Islam Tahun 1 telah menghadiri Kem Bestari Solat.

Keterangan lanjut boleh didapati di sudut laporan.

_____________________________________________________________________________ 

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6
4 Ogos 2007
                 
Pendaftaran
Program Motivasi Tahun 6 telah diadakan pada 4 Ogos 2007 bertempat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.
Seramai 124 orang murid Tahun 6 dan 15 orang guru telah ikut serta dalam program kali ini. Program tahun ini telah dibiayai oleh Yayasan Sarawak dan antara objektifnya ialah untuk membimbing murid-murid membentuk matlamat
dan cara pengurusan diri, masa dan teknik pembelajaran yang betul dan berkesan. Pengisian program merangkumi
ceramah motivasi, teknik menjawab soalan sains dan bahasa penulisan oleh fasilitator yang dijemput khas
termasuk seorang kaunselor dari Persatuan Kesihatan Mental Sarawak, Puan Jaqualine Buri.
Program tamat pada pukul 5:00 petang dengan penyampaian sijil penyertaan
 oleh Guru Besar.
         
________________________________________________________________________________________
Tilawah Al-Quran Dan Hafazan Peringkat Sekolah
Sk. Green Road.
29 Julai 2007
Pertandingan ini disertai oleh 33 orang peserta dari tahun 3,4 dan 5 termasuk lelaki dan perempuan.
Hadiah untuk pemenang-pemenang telah disampaikan oleh guru besar semasa perhimpunan rasmi
sekolah pada 7 Ogos 2007.
_________________________________________________________________________________________
PROGRAM MINGGU KECERGASAN
23 Julai 2007
                 
           
Senaman kecergasan peringkat sekolah telah diadalakan pada 23 Julai 2007. Aktiviti ini telah dibantu oleh
pegawai dan kakitangan Dewan Bandaraya Kuching Utara. Pelbagai aktiviti telah diadakan pada pagi itu
 termasuk Senamanrobik dan tarian Poco-Poco oleh jurulatih DBKU. Pertandingan Futsal antara guru
wanita dan antara murid-murid lelaki.
 
         
_________________________________________________________________________________________
Kem Pintar Bahagian Kuching/Samarahan 2007
16-19 Julai 2007
East Valley Camp Serian
                     
                     
Kem ini disertai oleh 6  orang murid tahun 5 di
bawah seliaan Ustaz. Wan Nik Kamal.
_________________________________________________________________________________________
Program Perkembangan Staf
07 Julai 2007
                   
                   
Fasilitator perkembangan staf untuk kelas KIA 2M ialah Cikgu Laela, Cikgu Lydia dan Cikgu Spone
 manakala Cikgu Maskolia (PK 1) ialah fasilitator untuk sekolah kluster.
___________________________________________________________________________________________
Majlis Perpisahan Cikgu Johny Danil (PK KK)
30 jun 2007
Harbour View Hotel, Kuching.
   
Ucapan dan kata-kata aluan daripada guru besar dan Cikgu Johny sendiri.
   
Penyampaian cenderahati dan hadiah yang disampaikan oleh guru besar dan bekas Yang Dipertua PIBG.
Sebahagian daripada meja para hadirin menjamu selera.
_________________________________________________________________________________________
Gotong Royong Perdana - KPM
30 Jun 2007
SK. Green Road.
               
                                      
Gotong-royong ini disertai oleh 48 orang ibu-bapa, warga sekolah dan murid-murid tahap 2.
Tempat-tempat dan kawasan yang diberi keutamaan ialah kawasan saliran dan peparitan,
tempat perbuangan sampah, tandas, bilik darjah, kantin, bilik guru dan bilik-bilik khas.
______________________________________________________________________________
Program Anti Dadah Peringkat Sekolah
23 Jun 2007
                  
Ibu-bapa, guru, murid-murid dan para tetamu mendengar ceramah anti-dadah dari penceramah.
Murid-murid juga menerima hadiah pertandingan melukis poster anti-dadah. 
_________________________________________________________________________________________
Majlis Makan Malam Hari Guru Tahun 2007
18 Jun 2007
Crowne Plaza Riverside, Kuching
                
_________________________________________________________________________________________
Kelab Perintis Usahawan
15 Jun 2007
              
_________________________________________________________________________________________
Hari Bertemu Waris
15 Jun 2007
Ibu-bapa datang untuk berjumpa guru kelas untuk mengambil kad pelaporan 
anak-anak mereka. Disamping itu peluang keemasan ini tidak disia-siakan oleh ibu-bapa untuk
 berbincang dan bertanya mengenai perkembangan dan pencapaian akademik anak-anaknya. 
_______________________________________________________________ 
Hari Guru Peringkat Sekolah
16 Mei 2007
                         
Hari Guru diserikan lagi dengan persembahan/aktiviti daripada para
guru dan murid-murid.
Persembahan guru-guru.
Persembahan murid-murid.
                                            
      
Pertandingan Bina Badan dari murid-murid Tahap 1 dan 2. Pemenang akan mewakili sekolah
untuk Mr. Universe Junior.
                  
                 
Pertandingan Fesyen Show untuk mencari ratu fesyen Sk. Green Road.
_____________________________________________________________________________
Sukan Tahunan Sekolah
13 Mei 2007
        
                                   
Pemandangan dan aktiviti yang diadakan di Stadium Negeri Sarawak sempena sukan tahunan sekolah.
_____________________________________________________________________________
Lawatan Rasmi Pegawai UNESCO dan Kementerian Pelajaran
11 Februari 2007

                

                

Delegates from Spain were welcomed by the teachers and pupils of SK. Green Road.

                          

The pupils in their ethnic costumes in the welcoming ceremony.

          

The signing of Visitor's Book.

_______________________________________________________________________________

Lawatan dan Perasmian Bilik Akses SK. Green Road, Kuching

Oleh  Dato’ Akbar Khan Abdul Rahman,

Setiausaha Politik Kementerian Pelajaran Malaysia.

6 Jan 2007

                     

                                               

___________________________________________________________

Mesyuarat Pertama (1/2007) dan Sesi Perkembangan Staf

Bertempat: Pejabat Peperiksaan dan Penilaian,

Jalan Matang, Kuching

Tarikh: 29 Disember 2006

          

                                                           

________________________________________________________________________________

TEACHERS' INTERNATIONAL PROFESSIONAL DEVELOPMENT

 (TIPD)

          

Background

            The Teachers’ International Professional Development (TIPD) programme is a programme run by the British Council, with the support of the State Education Department. There were 11 teachers participated in this programme.  It was commencing from 31st July until 7th August. The purpose of their visit were engaged in professional discussions, exchanged experiences, ideas and best practices while finding new ways to enhance their professional capabilities in classroom management and usage of curriculum materials.

            The UK teachers hail from seven schools, all in Buckinghamshire, England namely Overstone Combined School, Winslow Combined School, Holtspur School, Oakridge School,  Homer Green Junior School, Woodland Primary School, and Bedgrove Junior School. The TIPD teachers were place in their host school. The seven host school  selected by the State Education Department to participate in these programme were SK. Green Road,SK. Song Kheng Hai, SK. Datuk Hj. Abdul  Kadir, SK. Semerah Padi and SK. Pulo. The two other schools, SK.Ong Tian Swee and SK. Matang Jaya were samplers school.

            Day 1, 31st July 2006, TIPD teachers were welcomed and were given a briefing on Education System and the Malaysian Culture by the Education Department Sarawak JPN and the British Council. After the briefing they proceeded to visit a sampler school (SK. Ong Tian Swee) to observe a lesson demonstration on ‘The Teaching of Science and Mathematics’.

            Day 2, 1st August 2006, TIPD teachers visited a second sampler school(SK. Matang Jaya) where they were invited to give a lesson demonstration on ‘The Teaching of Science and Mathematics’ using ICT. This was followed by ‘Ice-Breaking Session’. TIPD teachers were introduced to the local teachers from the selected host schools. They discussed on the topic, lesson plan, teaching and learning strategies, resources for the teaching and learning activities and etc.

                                       

           Day 3, 2nd August 2006, TIPD teachers went to their respective host school.  Mrs. Margaret Wells and Mrs. Jacqueline Crook were placed in SK. Green Road for three days. Our school has two sessions, so both of them came for the morning session on the first and third day. On the second day they attended the afternoon session.

                                           

   

           After the welcoming ceremony, Mrs. Margaret Wells and Mrs. Jacqueline Crook  were being briefed on the management of SK.Green Road by the head teacher, Mr. Abdul Latip Bin Bujang. Later, they visited the classrooms and were introduced to the class teachers and pupils. After that, they entered the class conducting lesson as well as team teaching with the local teachers.

          Day 4, 3rd August 2006, TIPD teachers met the Science and Mathematics teachers in the afternoon session. They conducted Science and Mathematics lessons together, sharing ideas & experiences, discussing and comparing the teaching and learning strategies and approaches in teaching of Science and Mathematics.

                                                          

Day 9, 8th,August,2006. TIPD teachers bade farewell and returned back to UK, England. They have many treasured memories to take back with them and we do hope they really enjoyed their visit to Kuching, Sarawak.

                                                    

Conclusion:

            This programme is held for the first  in Kuching, Sarawak. I considered it as a unique knowledge exchange programme. It is benefiting to both the TIPD teachers as well as the local teachers. Lastly, we had a good time working together and indeed a very memorable one. Hopefully this programme will be continued in future.

____________________________________________________________________________

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2006

16 Mei 2006


                                                 
16 Mei 2006 Selasa. Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan. Majlis Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan di Dewan Sekolah dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia dan ucapan oleh Ketua Murid.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
i.    Persembahan Guru & Murid
ii.   Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia
iii.  Ucapan Ketua Murid
iv.  Memotong Kek
v.   Penyampaian Cenderamata kepada semua guru dan kakitangan sekolah
iv.  Rumah Terbuka (Jamuan Dalam Kelas) 
iiv. Sukaneka

____________________________________________________________________________

BERTEMU WARIS TAHUN 6

22 April 2006
                                                        
22 April 2006 Sabtu. Program Bertemu Waris Murid Tahun 6 diadakan setiap tahun pada bulan April. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara guru-guru dan ibu bapa serta memberi ruang mengadakan majlis perkongsian ilmu.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru, Prof. Madya Norlailawati Abd Hamid. Guru Besar Encik Abd Latip Bujang telah menyampaian taklimat mengenai Program Sekolah 2006 dan taklimat Zoom-A telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Gabungan Guru Besar Sarawak Tuan Haji Abg Sapali Haji Abg Sepawi. Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh Prof. Dr. Abd Rahman Deen daripada UiTM Sarawak.

___________________________________________________________________________________

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

15 April 2006


                                                                        
15 April 2006 Sabtu. Semua murid yang beragama Islam Tahun 4, 5 dan 6 serta guru-guru beragama Islam berarak dan berhimpun sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1427H.

Majlis dirasmikan oleh Encik Abdul Latip Bujang (Guru Besar) dan Ceramah Agama disampaikan oleh Ustaz Mohd. Sayuti b. Omar daripada Sekolah Kebangsaan Tabuan Jaya, Kuching. Antara aktiviti untuk mengisi acara sambutan Maulidur Rasul ialah
i.   Perarakan dan Pertandingan Sepanduk
ii.  Perhimpunan
iii. Bacaan Al-Quran
iv. Nasyid
v.  Ceramah

Sambutan Maulidur Rasul merupakan majlis yang diraikan bagi memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dan juga merupakan hari kebesaran Islam. Asas kebaikan dan  pintu kebajikan ialah kasih kepada Rasulullah S.A.W. dengan menjadikan baginda sebagai ikutan dan Qudwah Hasanah dalam semua aspek sama ada dari segi pertuturan ataupun perbuatan. Semoga dengan majlis sambutan ini kita dapat mengambil iktibar dan menjadikan salah satu syiar Islam yang diharapkan dapat memberi kesan kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya warga SK Green Road. Amin

___________________________________________________________________________________

                         KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DATUK BANDAR

                         BANDARAYA KUCHING SELATAN

                         5 April 2006
                                          

                        (Gambar dari kiri) Cikgu Tan Khiok Hian, Cikgu Soo Mee Ting,

                         YB Chan Seng Khai, Cikgu Johny Danil dan Cikgu Loh Bojeng.


5 April 2006 Rabu. Rombongan guru Sekolah Kebangsaan Green Road, membuat kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar, Bandaraya Kuching Selatan Yang Berhormat Encik Chan Seng Khai. Rombangan diketuai oleh Encik Loh Bojeng (Penyelia Petang). Turut hadir di majlis tersebut ialah Encik Johny Danil (Penolong Kanan Kokurikulum) dan dua orang guru kanan.

Selain daripada kujungan hormat, pihak sekolah telah membuat perbincangan mengenai penubuhan semula Pancaragam Sekolah yang mana pada satu ketika dahulu merupakan pancaragam sekolah rendah yang terkenal di Kuching.

_______________________________________________________________________________

PROGRAM KELAS INTERVENSI AWAL MEMBACA & MENULIS (KIA2M)


                                            
3 April 2006 hingga 7 April 2006. Ujian Pengesanan KIA2M dilaksanakan disekolah untuk mengesan murid-murid Tahun 1 yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis akan diberi bimbingan dalam bidang tersebut dengan menggunakan modul yang disediakan khas.

_____________________________________________________________________________

PEMERIKSAAN KESIHATAN (WABAK TANGAN, KAKI DAN MULUT. 
                                              
27 Mac 2006 Isnin. Selepas balik bercuti tambahan satu minggu yang diumumkan oleh Kementerian, semua murid tahan 1, 2 dan 3 diperiksa untuk menentu kesihatan mereka. Jika ada tanda-tanda yang mencurigakan, ibubapa murid berkenaan dipanggil untuk membawa anak mereka membuat pemeriksaan lanjut bagi pengesahan pihak perubatan. Setakat ini tiada murid dari sekolah ini yang disahkan positif dengan penyakit tersebut.

_____________________________________________________________________________

KEM MOTIVASI KEPIMPINAN PENGAWAS & KETUA DARJAH


                                              
11 Mac 2006 Sabtu. Seramai 60 orang pengawas sekolah dan ketua serta penolong ketua darjah menghadiri Kem Motivasi Kepimpinan.

Aktiviti dimulakan dengan senamrobik di dewan sekolah yang dipimpin oleh jurulatih jemputan. Aktiviti diteruskan dengan ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh Tuan Hj Abang Sarpali Hj Abang Sepawi dan Doktor Hatta. Program ini diajurkan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling Sekolah.

________________________________________________________________________________

PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT ZON A
                   img:Berita4.jpg]                       
9 Mac 2006 Khamis. Pertandingan bercerita peringkat Zon A, Kuching telah dilangsungkan di SK Green Road.
Majlis Penutupan Rasmi telah dilakukan oleh Penolong Kanan 1.

________________________________________________________________________________

KAWAD KECEMASAN (FIRE DRILL) 1/2006
                                           
23 Februari 2006 Khamis. Kawad Kecemasan peringkat sekolah telah diadakan. Program ini diadakan, bertujuan untuk melatih murid keluar kelas secara selamat jika berlaku kecemasan atau kebakaran.

Dalam latihan tersebut, semua murid dan guru berjaya mengosongkan kelas dan pejabat dalam tempoh kurang daripada 3 minit. Program ini telah diselaraskan oleh Unit Bimbingan Dan Kauseling Sekolah.

_________________________________________________________________________________

KEM BESTARI SOLAT 1/2006


                                            
11 Februari 2006 Sabtu. Kem Bestari Solat di bawah Program j-QAF telah diadakan di Surau Sekolah bermula pukul 7.30 pagi hingga 12.45 tengah hari. Semua murid Islam Tahun satu diwajib hadir. Majlis Perasmian dilakukan oleh Penolong Kanan Satu. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penolong Kanan HEM dan Penyelia Petang.

Antara objektif program ini,
* murid-murid dapat berwudhuk dengan sempurna
* murid-murid dapat mengetahui bilangan rakat solat-solat fardhu
* murid-murid dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan berul dan lancar
* murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjermaah.
* mengeratkan ikatan ukhuah Islamiyyah.

Program Kem Bestari Solat ini akan diadakan sebanyak 4 siri sepanjang tahun 2006 dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pendidikan Agama Islam Sekolah.

________________________________________________________________________________

PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU 2006


                        


Program Transisi Tahun Satu bermula pada 3 Januari 2006. Dua Minggu pertama dijadualkan untuk Minggu Orientasi dan akan berakhir pada 3 Mac 2006. Taklimat Program Transisi telah disampaikan oleh Guru Besar Encik Abdul Latip b. Bujang pada 30 Disember 2005 Sabtu di Dewan Sekolah. Semua Ibu bapa murid Tahun Satu diberi penerangan yang lengkap mengenai program ini dan mereka juga dibekalkan dengan satu naskah buku perancangan program tersebut. Semua penolong kanan dan guru-guru yang mengajar tahun satu turut hadir di majlis tersebut.

_____________________________________________________________________________


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: