skgr.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : skgr@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | BERITA TERKINI | KOKURIKULUM | AKTIVITI PANITIA | PAUTAN | BUKU PELAWAT | GURU BESAR | PIAGAM PELANGGAN | MEMORI HIJAU | SINAR BARU | APC | LAPORAN | KEUTUHAN PERIBADI | PEMBESTARIAN SEKOLAH | PERAYAAN | MURID CEMERLANG | PTK | PIAGAM PELANGGAN | Senarai Guru Besar | KEUTUHAN PERIBADI | MARQUEE | MURID CEMERLANG | PEMBESTARIAN SEKOLAH | PIAGAM PELANGGAN | PIAGAM PELANGGAN | TOP 10 | TOP 10 | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan utama sekolah

Dewan sekolah

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1968, di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuching (KMC). Bangunan asal satu blok daripada konkrit dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 8745.0 meter persegi. Guru Besar pertamanya ialah Encik Ong Soo Yen dan dibantu oleh 7 orang guru dan jumlah kelas pada waktu itu ialah enam buah kelas sahaja.Sekolah Rendah Kerajaan Green Road kerana terletak di kawasan Jalan Green Kuching.

Lima belas tahun kemudian, iaitu pada tahun 1983, sekolah ini telah dinaik taraf dari sekolah gred B kepada sekolah gred A. Sekolah ini terdiri daripada dua buah blok konkrit tiga tingkat. Sebuah blok khusus menempatkan dua belas bilik darjah berserta tandas murid dan guru. Sementara sebuah blok lagi adalah untuk blok pentadbiran di tingkat satu, bilik guru dan bilik sumber. Tingkat dua untuk perpustakaan dan makmal sains dan tingkat bawah untuk bilik guru dan bilik pemulihan.
Bangunan kantin sekolah

Kawasan letak kereta guru

Menjelang tahun 1980an, sekolah ini semakin berkembang maju. Pada masa itu, kemasukan murid ke sekolah ini semakin bertambah dan jauh melebihi persediaan fizikal yang ada. Sebagai satu penyelesaian,sekolah ini dijalankan secara dua sesi pagi dan petang dengan 24 buah kelas.

Pada tahun 1987, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan sebagai usaha membantu sekolah dalam mempertingkatkan pencapaian akademik, kokurikulum dan kemudahan fizikal sekolah.

SK Green Road merupakan antara sekolah yang banyak melahirkan murid cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Keputusan UPSR sekolah ini amat membanggakan dan pernah melepasi peringkat negeri dan nasional pada tahun 1994 dengan 54 orang mendapat 4A.

Sementara pada tahun 1998 pula 46 orang telah mendapat 5A, setelah mata pelajaran sains dimasukkan ke dalam UPSR pada tahun 1997.

Hasil usaha dan inisiatif ahli jawatankuasa PIBG, sekolah ini telah dilengkapi dengan sebuah surau dan dewan serbaguna. Kedua-dua bangunan ini telah dimanfaatkan oleh sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran agama Islam dan kawasan permainan dan aktiviti kokurikulum.

Kini SK Green telah menjadi sebuah sekolah yang unggul dan pilihan utama ibu bapa di sekitar bandaraya Kuching.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: